Thursday, July 19, 2012

Kesilapan-Kesilapan Umum Orang Awam Berkenaan IT/PC

0 comments
Bicara biasa, aku bukan sekadar bercerita,
Kongsi pengalaman, kongsi biar semua satu rasa.

Assalamualaikum.

Pernahkah anda terfikir bahawa sebenarnya IT ini bukan hanya bicara untuk orang-orang IT sahaja?
Tahukah anda IT tidaklah sukar untuk dikuasai andai anda punyai minat yang cukup kuat.

Kali ini saya ingin mengutarakan beberapa kesilapan yang biasa, sangat biasa dilakukan oleh orang-orang kita mengenai dunia IT dan juga PC yang digunakan. Mari saya ungkap beberapa daripadanya, sebagai contoh:

1. Terlalu mengharapkan orang lain khususnya 'orang IT' untuk membaiki, memperbetulkan komputer, mahupun perkara-perkara remeh lain yang berkaitan dengannya.

Ini adalah perkara yang kerap berlaku dalam masyarakat kita, meski orang tersebut berpangkat Pegawai sekalipun. Boleh dikatakan semua benda yang berkaitan IT/PC hendak mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain. Sepatutnya diri sendiri yang perlu menguasai masalah-masalah kecil seperti tetapan pelayar web, cara menyelesaikan masalah menggunakan Google, dan sebagainya. Jangan serahkan segalanya kepada orang lain, tiba masa anda berseorangan, anda nak cari siapa pula?

2. Menganggap mereka yang menggunakan Linux sebagai 'techie', 'geek', 'technician', Ultraman.. What?

Ya. Ini satu lagi 'masalah' minda masyarakat kita. Mungkin ia juga masalah universal. Cuma ingin saya tegaskan di sini, sebelum saya dapat memahirkan diri dengan sistem operasi Linux, saya juga adalah insan biasa, sama seperti anda. Tak tahulah kalau-kalau anda insan luar biasa, ada tanduk di dahi, tapi yang pasti saya memang orang yang biasa-biasa sahaja. Jadi kalau orang yang 'biasa-biasa' seperti saya juga mampu untuk kuasai Linux, mengapa tidak anda? Oh ya.. anda punya tanduk di dahi.. lupa pula.



3. Dekstop diserabutkan dengan pintasan-pintasan (shortcuts) setiap kali selepas memasang perisian.



WOW! Perlu ke desktop tu serabut dengan pintasan? Perlu sangat ke pintasan tu, yang kononnya nak cepatkan kerja? Kan lebih bagus kalau paparan desktop anda kosong, dan anda boleh menikmati wallpaper yang indah, seperti paparan desktop saya di bawah:


Keh keh keh.. Indah kan pemandangan? Sebenarnya pintasan-pintasan yang menyerabutkan mata itu juga boleh jadi menyusahkan. Kalau anda berserabut otak melihatnya, begitu juga komputer anda. Jangan susahkan ia kerana anda yang mahu senang. Apalah guna ada Start Button kalau anda tak mahu tekandan cari perisian yang telah anda pasang di situ? Kalau perut anda sudah gemuk kerana malas mahu bersenam, tak kan jari anda juga mahu digemukkan kerana anda malas menggerakkan mouse?

Tips-nya di sini setiap kali anda memasang sesuatu perisian, sila nyah tanda kotak untuk menyediakan pintasan pada desktop. Sekiranya kotak tersebut tiada dan ia dipasangkan secara lalai (default), sila padamkan ia dan masukkan terus ke dalam Recycle Bin untuk dinyah-kan dari hidup.

4. Pelayar berserabut pula dengan toolbar!

Huwoiii! Kalau satu atau dua toolbar yang betul-betul digunakan pada kebanyakan masa memang masih boleh diterima, seperti toolbar Cocoon! Tapi kalau dah macam gambar di bawah, guna Internet Explorerpula tu, memang aneh dan tak masuk dek akal!


Tips-nya di sini, setiap kali memasang perisian yang menyarankan anda untuk memasang juga toolbar yang disediakan, maka sila nyah-tanda kotak untuk memasangkannya. Tak perlu lah!

5. Tidak mengambil tahu perihal komputer, tetapan-tetapannya, dan komponen-komponennya.

Come on lah bro.. Kalau orang sebut 'processor' pun anda kata "Apa? apa benda tu?", itu teruk sangat dah tu. Sekurang-kurangnya dah buka komputer, paling kurang kenalah tahu bagaimana cara untuk 'bersihkan' sampah sarap yang anda lakukan di dalamnya, format semula, atau sekurang-kurangnya tahu menjaga komputer dari dimasuki virus. Kalau sekarang umur anda 80 tahun dan mata sudah rabun jauh-dekat tahap maksima, boleh lah kita consider tak perlu ambil tahu. Ini umur baru masuk 28 tahun, bila buka PC cari Internet Explorer dulu, bila IE tak boleh buka mana-mana laman web, terkebil-kebil, macam siput sedut.

Eh, Firefox tahu tak, Google Chrome kenal tak? Apa? Tidak? Tu pun silap juga! Cuba baca entri INI, takut terbuntang pula mata tu..

Baiklah. Cukup sampai setakat ini saja. Entri ini mungkin akan jadi entri bersiri kalau ada idea yang masuk dalam kepala hotak saya. Apa pun, baiki diri, muhasabah hati, kita jumpa lagi! Ollleeeyyy!


"Bila jumpa orang lama , jangan malu bersoal,
Jika mahu kunci kuasa , harus ada modal" - Joe Flizzow 
newer post

Monday, July 9, 2012

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH

0 comments


Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 638 H
newer post

Sunday, July 8, 2012

Fare well syaaban,Welcome Ramadhan :)

0 comments
Asalamualaikum semua bloggerz and readers.Apa khabar semua?Harap semua alam keadaan sihat walafiat.Saya harap semua di sini yang membaca ni tahu Ramadhan akan datang.Tak mungkin tak tahu kan?Ramadhan diheboh-heboh kan dengan promosi sana sini.Haha,itu sahajalah tanda bagi yang tak sedar syaaban dah nak habis dan Ramabdhan mubarak akan datang :D

Jadi,adakah anda semua ni sudah qada' puasa?
Saya harap sudah,terutamanya bagi kaum Hawa.Maklumlah,asyik  ada sirap je keluar.hehe


Di sini,saya ada selitkan beberapa perkara sewajarnya kita buat sebelum bulan Ramadhan datang


1. Persiapan rohani.
Bagi orang yang soleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya’ban. Biasanya mereka berdoa :

“Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”

Dalam rangka persiapan rohani itu, dalam surah At-Taubah Allah melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kezaliman sejak bulan Rejab. Tapi ini bermaksud, bulan lain pun buat jugak,tak!. Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rejab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan, bulan Rajab dan Sya’ban adalah masa pemanasan (warming up), sehingga ketika memasuki Ramadhan kita sudah biasa dah untuk menjalani ibadah ini dengan senang lenang.

2. Persiapan fizikal:

Untuk memasuki Ramadhan kita memerlukan persiapan fizikal yang lebih baik dari hari biasa. Sebab, jika badan lemah, nak buat ibadah kemuliaan yang dilimpahkan Allah pada bulan Ramadhan tidak dapat kita perolehi secara maksimum. Maka, sejak bulan Rejab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunnat, banyak berinteraksi dengan al-Qur’an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan juga aktivti kemasyarakatan seperti biasa.

3. I’dad Maliyah, persiapan harta.

Kita kena ingat, persiapan harta bukan semata-mata untuk membeli keperluan berbuka puasa atau hidangan lebaran sebagaimana tradisi kita selama ini. Maksudnya disini ialah mempersiapkan harta adalah untuk melipat gandakan sedekah, kerana Ramadhan merupakan bulan memperbanyak sedekah. Pahala bersedekah pada bulan ini berlipat ganda dibandingkan bulan-bulan biasa.

4. I’dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan intelektual dan keilmuan.

Agar ibadah Ramadhan kita ini dalam semaksimum mungkin, diperlukan kita mendalami wawasan dan tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan. Caranya dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan. Kegiatan ini berguna untuk merajinkan diri kita agar beribadah sesuai tuntunan Rasulullah SAW, selama di bulanRamadhan. Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan perlbagai jenis ibadah, atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk dipersiapkan.

Semoga persiapan kita menghadapi bulan ramadhan ini dan juga ibadah-ibadah yang lainnya, kita mendapat di tahap yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insyallah. Jika sebelum ini, datang sembahyang lewat sikit. Hari ini, kita cuba datang awal dan sembahyang sunat tahiyatul masjid.

newer post

Hadis palsu

0 comments

“ Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia
menyembunyikannya dan dia mati, maka
matinya itu adalah syahid.”
Tidak pula saya pernah berjumpa
dengan ‘hadith’ ini. Benarkah ia
hadith??? Sekali lihat macam diragui
kerana ganjaran mati syahid adalah
antara ganjaran tertinggi di sisi ALLAH.
Tidak berpadan dengan usaha yang
kecil itu, iaitu sekadar menahan dari
diluah rasa cinta.
Walaupun ia mempunyai maksud yang
baik, iaitu supaya insan menahan diri
dari mengikut hawa nafsu perasaan
cinta, TETAPI sebagai Muslim, kita
mestilah sentiasa awas tatkala
menyebut sesuatu kata-kata yang
disandarkan kepada Rasul yang mulia,
Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
Ini kerana baginda telah memberi
amaran:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku
(menggunakan namaku) bukanlah seperti
berdusta ke atas orang lain (menggunakan
nama orang lain). Sesiapa yang berdusta
ke atasku dengan sengaja, maka siaplah
tempat duduknya dalam neraka.” (HR al-
Bukhari, Muslim dan selain mereka)
Saya membuat carian di internet
berkenaan perkara ini dan terjumpa
tiga pautan yang saya rasa boleh
membantu menjawab persoalan ini:
1. Dr Asri, di dalam artikel beliau yang
bertajuk Jangan Bohong Guna Nama
Rasulullah, ada menyentuh kata-kata di
atas. Ia adalah ‘hadith’ palsu.
Bermakna ia bukan kata-kata
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam
yang mulia, tetapi ia satu kata-kata
yang direka lantas disandarkan kepada
Baginda. Saya memetik kata-kata dari
artikel beliau:
Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad
Abu Syahbah:
Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam
apa perkara sekali pun, melainkan bersama
keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama
ada berkaitan halal dan haram, atau fadail
(kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib
(menakutkan orang ramai terhadap maksiat)
dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau
kisah, atau sejarah atau selainnya.
Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan
bererti telah melakukan dosa yang besar dan
termasuk dalam senarai pendusta. Ini
berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-
Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya
bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa
yang menyebut hadis daripadaku sedangkan
dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk
salah seorang pendusta”.
Ramai ulama hadis telah menghukum dengan
ta‘zir (denda) dan takdib (hukuman
membetulkan akhlak) ke atas sesiapa yang
meriwayatkan hadis palsu tanpa diterangkan
kepalsuannya. Kata Abu ‘Abbas al-Sarraj:
Aku melihat diberikan kepada Muhammad bin
Isma‘il al-Bukhari surat Ibn Karram yang
bertanyakan beberapa hadis, antaranya:
hadis daripada al-Zuhri, daripada Salim,
daripada ayahnya – disandarkan kepada
Rasulullah (Iman itu tidak bertambah dan
tidak berkurang).
Maka al-Imam al-Bukhari menulis di atas
surat tersebut: Sesiapa yang menyebut hadis
ini maka wajib dipukul dengan keras dan
dipenjara dalam tempoh yang lama. Bahkan
di kalangan ulama ada yang menghalalkan
darahnya. Maka, ketika disebutkan hadis
(palsu) Suwaid al-Anbari: Sesiapa yang jatuh
cinta, lalu dia menahan diri dan
menyembunyikannya, kemudian mati,
maka dia mati syahid) , lalu Yahya bin Ma‘in
berkata: “Darah orang ini halal”.
Daripada kenyataan di atas, dapat kita
fahami bahawa kata-kata di atas
adalah bukan kata-kata Rasulullah
sallAllahu `alaihi wasallam.
Menyebutnya sebagai kata-kata
Baginda, boleh dihukum dengan ta`zir.
2. Di dalam
laman badurfillah.multiply.com , penulis
ada menukilkan kata-kata Imam Ibnu al-
Qayyim al-Jauziyyah dalam
kitabnya Thibbun Nabawi (Pengubatan
Nabi) dalam Bab Petunjuk Rasulullah
sallAllahu `alaihi wasallam untuk
Mengatasi Penyakit Asmara:
“Jangan tertipu oleh hadits palsu yang
mengatas namakan Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Suwaid bin Said, dari Ali
bin Mushir, dari Abu Yahya Al-Qattat, dari
Mujahid, dari Ibnu Abbas, dari Nabi,
diriwayatkan pula dari Aisyah dari Nabi.
Diriwayatkan oleh Azzubair bin Bakr, dari
Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Majisyun, dari
Abdul Aziz bin Hazim, dari Ibnu Abi Najih,
dari Mujahid, dari Ibnu Abbas dari Nabi
bahwa beliau bersabda, “Barang siapa jatuh
cinta, lalu menjaga kesuciannya, lalu ia
meninggal dunia, maka ia mati syahid.”
dan dalam riwayat lain disebutkan, “Barang
siapa jatuh cinta (kasmaran), lalu ia
menyembunyikan perasaannya, menjaga
diri dan bersabar, akan Allah ampuni
dosa-dosanya dan akan Allah masukkan ke
dalam Surga-Nya.”
Justeru, dengan adanya tegahan ini,
sewajarnya kita jangan tertipu dengan
mengatakan ia kata-kata Rasulullah
sallAllahu `alaihi wasallam. Menurut
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah, kata-kata
bertanda merah di atas di awal artikel
ini ialah bukan hadith. Ia ‘hadith’
palsu!
3. Di dalam laman web
hatinurani86.blogspot.com , penulis
menulis seperti berikut:
Matan Hadis
Sengaja saya takhrijkan hadis ini kerana
ramainya mereka mengunakan hadis ini
dengan menggangap bahawa hadis ini boleh
di amalkan.
ﻖﺸﻋ ﻦﻣ ﻢﺘﻜﻓ ﺕﺎﻤﻓ ﻒﻋﻭ ﻮﻬﻓ ﺪﻴﻬﺷ
Maksudnya : “ Sesiapa yang jatuh cinta,
kemudian dia menyembunyikannya dan
dia mati, maka matinya itu adalah
syahid.”
Kitab Yang Meriwayatkan Hadis Ini
Di riwayatkan oleh al-Kharaity di
dalam Kitab A`tilal al-Qulub Bab Man
A`fa Fi A`syqihi , hadis no 103.Khatib al-
Bagdadi di dalam Tarikh Bagdad, juz 11 m/s
297 no. 6079.
Masalah Hadis Ini
Hadis ini terputus sanadnya pada ﻪﻠﻟﺍ ﺪﺒﻋ ﻦﺑ
ﺪﺒﻋ ﻚﻠﻤﻟﺍ ﻥﻮﺸﺟﺎﻤﻟﺍ , yang mana menjadikan
hadis ini tidak mencukupi syarat sahih dan
hasan.
Hukum hadis
Palsu ( Jamek Soghir wa az-Ziyadah, jil 1 m/s
1248, no 12473 ).
Hadis ini adalah sebahagian daripada hadis
golongan sufi yang mungkar ( Salasilah
Sohehah, jil 19 m/s 67 ).
Dengan tersenarainya 3 sumber di
atas, saya rasa cukuplah ia menjadi
panduan bahawa kita tidak wajar
mengungkap kata-kata “Sesiapa yang
jatuh cinta, kemudian dia
menyembunyikannya dan dia mati,
maka matinya itu adalah syahid”
sebagai hadith iaitu disandarkan ia
kepada kata-kata Rasulullah sallAllahu
`alaihi wasallam.
Hatta, kalau tak disandarkan kepada
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam
pun tidak patut kerana menjanjikan
sesuatu amalan dengan ganjaran
tertentu mestilah disandarkan dengan
nas yang sahih. Justeru, tinggalkanlah
kata-kata ini. Banyak lagi yang boleh
disentuh jika mahu bercakap soal cinta.
Antaranya, ada saya sentuh di dalam
artikel ini:
http://muzir.wordpress.com/2009/11/24/
muhasabah-cinta/
Semoga ALLAH memelihara kita semua
dengan hidayah da taufiq, amin…
WAllahu Ta`ala A`lam.

newer post

Saturday, July 7, 2012

Cikgu2 yang dedikasi semasa Hari Kantin TSNI

0 comments
Asalamualaikum to all readers,how are you?I hope you all in fine condition and peace!
Let's change the language to malay...

Ok,baru boleh cakap Bm,sekarang saya mahu cerita kepada anda cikgu2 yang saya dapat daripada  kawan saya di FB :P

tanpa membuang masa,mari kita bercerita tentang cikgu2 yang saya dapat :)

Ustaz jazim
Kategori cikgu disiplin di sekolah SMK TSNI 1:
haha,kenapa saya letak begini?Hal ini kerana semua cikgu yang saya dapat di sini ialah cikgu2 yang kategori cikgu disiiplin."Where the rules standing there,it will be executed in any cost".

Itulah quotes saya dapat ceritakan :P
Ah,sudah mari,mari  kita cerita tentang gambar ni.
Wah,ustaz pening ke nak handling makanan2 tu?Kalau saya datang,mesti best tengok gelagat ustaz pening sana,pening sini.haha

ustazah alizah
Kategori kedua:
Ya,ustazah ku yang kedua garang dalam sekolah.haha.Wajah ustazah memang ceria sebab kadet dia dapat johan kan2?Usaha ustazah untuk naikkan PDRM kat sekolah TSNI ni tak pernah lelah,saya kagum sungguh.hehe,teruskan usaha ustazah ya!

Cikgu fadzilah,ape cer dengan air2 tu?Laris tak?Budah baik2 meesti beli dengan cikgu,sebab tak pernah dirotan oleh cikgu fadzilah sebelum ni.haha,saje je
.





newer post

Cinta,Sayang dan suka,Perkataan yang diketahui secara meluas.

0 comments
Berikut adalah perbezaan antara perasaan suka, sayang dan cinta.




Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku menciummu?”
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku memelukmu?”
Saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya…

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jgn menangis.”
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”

SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”

Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu,kau akan berkata,”Tak apa dia hanya tak tau apa yang dialakukan.”

Pada saat kau suka padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kau sayang padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau cinta padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus…

SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kau akan menemaninya tak perduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

Mengikut hadis2 rasullullah pula yang dimaksudkan dengan cinta:

Tempuhlah jalan pertengahan dan keseimbangan dalam cinta dan benci. Pesan Rasulullah SAW :

“Cintailah kekasihmu dengan biasa-biasa saja, kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu benci,dan bencilah sesuatu yang tidak kamu sukai dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu sukai.”

(HR.BUKHARI,ABU DAWUD,TIRMIDZI,DAN IBNU MAJAH,DARI ABU HURAIRAH).



2.)Imam Ali bin Abi Thalib berkata :

“Jadilah engkau sebagai sumber kebaikan dan maafkanlah kesalahan orang lain, kerana kamu melihat dan mendengar sendiri apa yang kamu lakukan. Jika kamu mencintai seseorang, cintailah dia sedang-sedang saja, kerana kamu tidak tahu bila kamu akan mencabut cinta itu. Jika kamu membenci seseorang, bencilah dia sedang-sedang saja , kerana kamu tidak tahu bila kamu akan kembali mencintainya.”



3.)Riwayat lain mengatakan dimana Allah berfirman:

” Wahai hambaKu, AKU adalah kekasihmu yang pertama, kau cintai AKU di hari perjanjian,dan tatkala semua pecinta telah pergi meninggalkanmu, sedang AKU menghubungkanmu, maka kembalilah kepadaKU, nanti akan AKU muliakan engkau dengan kemulian pecinta.”


newer post

My almost cute friend Aina

0 comments
Selamat pagi semua,apa khabat,harap semuanya sihat walafiat seperti yang baru dilahirkan dalam keadaan sempurna...
Pada hari dan pagi ini yang segar bugar yang penuh dengan bunyi2 bunyian burung menyanyi dan sejuk akibat hujan semalam,saya ingin menceritakan sekali lagi tentang kawan saya yang bernama Aina Nadhirah.Dia meminta saya hanya menulis tanpa gambar diselitkan sekali dalam blog ini,maklumlah sekarang  kan scam sana,scam sini.hehe.
Tanpa membuang masa lagi,tanpa gambar dia,biar saya memberitahu biography di siki2 ye.
Umur dia 15,akan menduduki PMR tahun ni.Dia ni kalau bab makan,tip top,tanya je dia dah tahu.haha.Dia ni jenis agak peramah kalau dikalangan kawan2 yang lain.Dia ni agak comel dan agak cantik.Well,dia suruh saya puji kalau nak masukkan dia dalam blog ni,well here you are Aina.Dia ni masalah disiplin tak lah masalah sangat.Saya mula kenal dia dalam Fb apabila saya add dia di FB.Di situ lah bermulanya perkenalan saya dengan dia.Masa bulan 5 dia bertugas di belakang dewan,jadi boleh dikatakan setiap hari saya berpeluang jumpa muka comel dia.Kalau tak,saya tegur Syaminar sekali(rujuk post saya yang lalu tentang dia).Sekarang dia dah bertgua kat tempat yang jauh bebenor.Di kantin jelah jawapanya setiap kali dah habis bertugas berpeluang jumpa muka comel dia.Kalau makan di kantin,tip top selalunya burger RM1.50 yang jual kat kantin tu.Apabila saya terserempak dia,mungkin dan tidak dia akan tegur saya or saya tergur dia.Asyik2 jeling -_-"
Kadang2 piece rule kat dia.haha.Saya pun tak tahu nak ceritakan apa lagi,sampai sini jelah,nanti bahaya pula orang yang tak berkenaa ambil kesempatan untuk memperli Aina.So long mates
newer post
older post

Banner

Banner

Banner

Like for ME

Banner