Sunday, July 8, 2012

Hadis palsu

“ Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia
menyembunyikannya dan dia mati, maka
matinya itu adalah syahid.”
Tidak pula saya pernah berjumpa
dengan ‘hadith’ ini. Benarkah ia
hadith??? Sekali lihat macam diragui
kerana ganjaran mati syahid adalah
antara ganjaran tertinggi di sisi ALLAH.
Tidak berpadan dengan usaha yang
kecil itu, iaitu sekadar menahan dari
diluah rasa cinta.
Walaupun ia mempunyai maksud yang
baik, iaitu supaya insan menahan diri
dari mengikut hawa nafsu perasaan
cinta, TETAPI sebagai Muslim, kita
mestilah sentiasa awas tatkala
menyebut sesuatu kata-kata yang
disandarkan kepada Rasul yang mulia,
Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
Ini kerana baginda telah memberi
amaran:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku
(menggunakan namaku) bukanlah seperti
berdusta ke atas orang lain (menggunakan
nama orang lain). Sesiapa yang berdusta
ke atasku dengan sengaja, maka siaplah
tempat duduknya dalam neraka.” (HR al-
Bukhari, Muslim dan selain mereka)
Saya membuat carian di internet
berkenaan perkara ini dan terjumpa
tiga pautan yang saya rasa boleh
membantu menjawab persoalan ini:
1. Dr Asri, di dalam artikel beliau yang
bertajuk Jangan Bohong Guna Nama
Rasulullah, ada menyentuh kata-kata di
atas. Ia adalah ‘hadith’ palsu.
Bermakna ia bukan kata-kata
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam
yang mulia, tetapi ia satu kata-kata
yang direka lantas disandarkan kepada
Baginda. Saya memetik kata-kata dari
artikel beliau:
Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad
Abu Syahbah:
Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam
apa perkara sekali pun, melainkan bersama
keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama
ada berkaitan halal dan haram, atau fadail
(kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib
(menakutkan orang ramai terhadap maksiat)
dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau
kisah, atau sejarah atau selainnya.
Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan
bererti telah melakukan dosa yang besar dan
termasuk dalam senarai pendusta. Ini
berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-
Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya
bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa
yang menyebut hadis daripadaku sedangkan
dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk
salah seorang pendusta”.
Ramai ulama hadis telah menghukum dengan
ta‘zir (denda) dan takdib (hukuman
membetulkan akhlak) ke atas sesiapa yang
meriwayatkan hadis palsu tanpa diterangkan
kepalsuannya. Kata Abu ‘Abbas al-Sarraj:
Aku melihat diberikan kepada Muhammad bin
Isma‘il al-Bukhari surat Ibn Karram yang
bertanyakan beberapa hadis, antaranya:
hadis daripada al-Zuhri, daripada Salim,
daripada ayahnya – disandarkan kepada
Rasulullah (Iman itu tidak bertambah dan
tidak berkurang).
Maka al-Imam al-Bukhari menulis di atas
surat tersebut: Sesiapa yang menyebut hadis
ini maka wajib dipukul dengan keras dan
dipenjara dalam tempoh yang lama. Bahkan
di kalangan ulama ada yang menghalalkan
darahnya. Maka, ketika disebutkan hadis
(palsu) Suwaid al-Anbari: Sesiapa yang jatuh
cinta, lalu dia menahan diri dan
menyembunyikannya, kemudian mati,
maka dia mati syahid) , lalu Yahya bin Ma‘in
berkata: “Darah orang ini halal”.
Daripada kenyataan di atas, dapat kita
fahami bahawa kata-kata di atas
adalah bukan kata-kata Rasulullah
sallAllahu `alaihi wasallam.
Menyebutnya sebagai kata-kata
Baginda, boleh dihukum dengan ta`zir.
2. Di dalam
laman badurfillah.multiply.com , penulis
ada menukilkan kata-kata Imam Ibnu al-
Qayyim al-Jauziyyah dalam
kitabnya Thibbun Nabawi (Pengubatan
Nabi) dalam Bab Petunjuk Rasulullah
sallAllahu `alaihi wasallam untuk
Mengatasi Penyakit Asmara:
“Jangan tertipu oleh hadits palsu yang
mengatas namakan Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Suwaid bin Said, dari Ali
bin Mushir, dari Abu Yahya Al-Qattat, dari
Mujahid, dari Ibnu Abbas, dari Nabi,
diriwayatkan pula dari Aisyah dari Nabi.
Diriwayatkan oleh Azzubair bin Bakr, dari
Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Majisyun, dari
Abdul Aziz bin Hazim, dari Ibnu Abi Najih,
dari Mujahid, dari Ibnu Abbas dari Nabi
bahwa beliau bersabda, “Barang siapa jatuh
cinta, lalu menjaga kesuciannya, lalu ia
meninggal dunia, maka ia mati syahid.”
dan dalam riwayat lain disebutkan, “Barang
siapa jatuh cinta (kasmaran), lalu ia
menyembunyikan perasaannya, menjaga
diri dan bersabar, akan Allah ampuni
dosa-dosanya dan akan Allah masukkan ke
dalam Surga-Nya.”
Justeru, dengan adanya tegahan ini,
sewajarnya kita jangan tertipu dengan
mengatakan ia kata-kata Rasulullah
sallAllahu `alaihi wasallam. Menurut
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah, kata-kata
bertanda merah di atas di awal artikel
ini ialah bukan hadith. Ia ‘hadith’
palsu!
3. Di dalam laman web
hatinurani86.blogspot.com , penulis
menulis seperti berikut:
Matan Hadis
Sengaja saya takhrijkan hadis ini kerana
ramainya mereka mengunakan hadis ini
dengan menggangap bahawa hadis ini boleh
di amalkan.
ﻖﺸﻋ ﻦﻣ ﻢﺘﻜﻓ ﺕﺎﻤﻓ ﻒﻋﻭ ﻮﻬﻓ ﺪﻴﻬﺷ
Maksudnya : “ Sesiapa yang jatuh cinta,
kemudian dia menyembunyikannya dan
dia mati, maka matinya itu adalah
syahid.”
Kitab Yang Meriwayatkan Hadis Ini
Di riwayatkan oleh al-Kharaity di
dalam Kitab A`tilal al-Qulub Bab Man
A`fa Fi A`syqihi , hadis no 103.Khatib al-
Bagdadi di dalam Tarikh Bagdad, juz 11 m/s
297 no. 6079.
Masalah Hadis Ini
Hadis ini terputus sanadnya pada ﻪﻠﻟﺍ ﺪﺒﻋ ﻦﺑ
ﺪﺒﻋ ﻚﻠﻤﻟﺍ ﻥﻮﺸﺟﺎﻤﻟﺍ , yang mana menjadikan
hadis ini tidak mencukupi syarat sahih dan
hasan.
Hukum hadis
Palsu ( Jamek Soghir wa az-Ziyadah, jil 1 m/s
1248, no 12473 ).
Hadis ini adalah sebahagian daripada hadis
golongan sufi yang mungkar ( Salasilah
Sohehah, jil 19 m/s 67 ).
Dengan tersenarainya 3 sumber di
atas, saya rasa cukuplah ia menjadi
panduan bahawa kita tidak wajar
mengungkap kata-kata “Sesiapa yang
jatuh cinta, kemudian dia
menyembunyikannya dan dia mati,
maka matinya itu adalah syahid”
sebagai hadith iaitu disandarkan ia
kepada kata-kata Rasulullah sallAllahu
`alaihi wasallam.
Hatta, kalau tak disandarkan kepada
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam
pun tidak patut kerana menjanjikan
sesuatu amalan dengan ganjaran
tertentu mestilah disandarkan dengan
nas yang sahih. Justeru, tinggalkanlah
kata-kata ini. Banyak lagi yang boleh
disentuh jika mahu bercakap soal cinta.
Antaranya, ada saya sentuh di dalam
artikel ini:
http://muzir.wordpress.com/2009/11/24/
muhasabah-cinta/
Semoga ALLAH memelihara kita semua
dengan hidayah da taufiq, amin…
WAllahu Ta`ala A`lam.

0 comments:

Post a Comment

newer post older post Home

Banner

Banner

Banner

Like for ME

Banner